Monday, December 7, 2015

Let the holiday begin!~

Hai readers! Azma ni student, jadi Azma dah cuti!! Cuti ni, Azma tak boleh duduk relax je, sebab tahun depan Azma UPSR.. Cuma dalam post kali ni Azma nak share benda yang Azma suka sangat buat.. Oh, one more thing, Azma  suka pusheen!! Kesian pembaca tunggu lama-lama sebab Azma dah lama tak update...
Ok, Azma malas nak tulis apa yang Azma suka buat masa cuti. Lagipun its not a good thing utk cerita. Sebab benda ni malas, Azma tak belajar pun masa cuti sekolah ni hehehe. Apa lagi, macam biasa Azma suka tidur dan makan.. Jangan contohi sikap Azma ni! MUahahaahah...

Azma haritu tidur rumah sepupu Azma, Shily..

Ok tu je bai

(so lazy to write more)


My favourite youtubers!~

Hola guys! Azma dah lama tak update, sebab? Malas.. Hehehe.. So, kali ni Azma nak bagitau Top 5 Youtubers favourite Azma! So..  Ni dia!

5. Cupcakeaisyah


Azma rasa ada diantara readers yg kenal.. Dia seorang usahawan yang menjual squishy! She is so cool.

4. Rosanna Pansino


Awesome! Dia banyak video masak2.. dulu dia tak popular sangat, tapi sekarang dia dah femes..  Azma dulu minat sangat.. sekarang tak sangat..

3.  Mizblurrity


Dia ni ialah youtubers yang kreatif! Azma kasi thumbs up! Video dia best, banyak pasal makanan pulak tuh, hew hew~
Korang jangan lupa subscribe channel Mizblurrity ni k?

2. mrandmrsaidil


Channel ni cerita pasal pasangan yang dah ada 2 org anak bernama Muhammad Khaleesh Rayyan dan Muhammad Khaleesh Fayyad. Azma suka sangat tengok channel ni sebab diorang ada buat video pasal diorang pegi restoran, bercuti, soalan panas, macam2 lah. Azma minat sangat.

1. Mentol Pecah


Yaaa, Azma suka channel ni. Mozek sangat lawak dengan muka blur dia. Lepastu skrip dia menambahkan kelawakan dicampur pula dengan sikap selamba Mozek. Dulu Nirman ada sekali, tapi sekarang Nirman dah keluar dari Mentol Pecah...





Haaaa, tu dia Top 5 you tubers feveret Azma.. Bye!

Saturday, October 17, 2015

Penat~

Assalamuallaikum dan hai kepada pembaca! Azma penat... Azma habis UPKK, Azma kena study untuk periksa akhir tahun sekolah kebangsaan pulak!

Dah besar ni, penat lah nak merajuk, sedih, gaduh-gaduh semua,
Banyak lagi benda kena fikir

Lepastu, tahun 2016 Azma PSRA dengan UPSR pulak!
Lepastu, kena fikir nak masuk sekolah biasa ke asrama!
Lepastu, kena daftar bawa sijil pengenalan diri pulak!
Lepastu, tahun 2019 kena study untuk PT3!
Lepastu, kena belajar bersungguh-sungguh sebab tahun 2021 study untuk SPM!
Lepastu, dapat result kena fikir nak daftar U mana!
Lepastu..lepastu..lepastu..

Ceh, Azma ni perasan bhaii
Kita hanya merancang, Allah menentukan~
Kita taktau bila hari kiamat,
Kita taktau bila kita akan mati...

Azma nak cemerlang!
Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri berusaha mengubah nasibnya.
So, kena usaha~


Bye2 readers! Yehaa
Agagagagagaga,
Azma

Friday, August 28, 2015

Cerpen

Dia ada kawan baik. Kawan baiknya baik dengannya. A. Sofia sentiasa bersama best friendnya. Siapa lagi kalau bukan P. Hannani. Well, mereka berjogging bersama, beraya bersama dan belajar bersama. Namun, A. Sofia terpaksa berpindah ke Bukit Jalil. Kawan kawan biasanya juga memberinya ucapan dan hadiah sebelum pergi. Pendek kata, A. Sofia memang baik dengan kawan kawannya. Sekarang zaman teknologi, tentu mereka berhubung dengan Facebook. Ada niat untuk berjumpa.


(nantilah I sambung k? Ow yeah, the story is inspired of my friend, the A. And P. Was my friend)(sorry banyak kesalahan tatabahasa)

Sky

Assalamuallaikum friends. Tadi, Azma round2 Lembah Keramat and Taman Permata sebab nak jalan jalan cari makan. Kitorang cari Kedai yang tak ramai orang dannn tak sesak. First place is Tim's Teapot Terrace Cafe. Tutup...  So sad..  The second place is Thaqwa. But, the Taqwa is full of men. Malu lah. Dahlah Azma with my mother and sisters. Girls je. Nak ke Gemilang Bumbung Biru ramai orang. So, we go to Cengkih. Yeah, food there not bad. Okay, Azma nak bercakap tentang title of this post. Yes, sky. When we all want to balik, I see the sky. The sky was very beautiful for me. Azma suka astronomy so langit tu mcm something yg wow bagi Azma.

(Ada broken English, sorry)
Bye readers!

Saturday, August 15, 2015

Happy Early Birthday!

To my friend, you are the best. Saya nak jumpa awak. Saya nak cakap dengan awak. Maaf. Saya takkan lupa hutang saya. Awak sangat setia dan penyabar. Kan best kalau saya boleh bagi kek dekat awak then awak makan dengan hati yang tenang. Saya tak pernah ada kawan macam awak.


Kalau saya boleh bagi kek, maybe brownie je yang saya mampu kasi. Saya mana ada kaya. Saya biasa je. Happy Birthday Ameera Zafirah !
(YOU LOOK PRETTY)
Sorry collage burukk. 
Good Luck CALON UPSR! HAHAHAHA
Throwback zaman hang muda

Jangan lupa tengok instagram and twitter and facebook jugak~




Twin!

Assalamuallaikum  readers! I have twin. But, she is 12 years old. Her name is Ameera Zafirah. Yes, same with me which is Amirah Zafeerah. Ejaan je lain. She is great. Sporting and dia satu kepala dgn Azma. Tulah Azma ok dengan dia. Her birthday is 18 August!! I was thinking, nak bagi dia gift apa? Kitorang berjauhan so I think just wish.But, not simple wish. I want to give her surprise. Mungkin dia sedang baca post ni. It's okay. Tapi, wish yang agak 'surprise' Azma akan post masa hari Selasa. Birthday dia. Mesti Korang pening kepala dengan ayat belit belit Azma. Bye!

Saturday, July 25, 2015

Selamat Hari Raya!

Assalamuallaikum!
Selamat, hari raya..  hari untuk bersuka - ria..
minta mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerana perut kosong..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Family Azma, The AZ!












   Maaf Zahir dan Batin..  Cuma, korang rasa tak yang raya dulu dengan sekarang lain, atau Azma je yang rasa? Dulu kan sibuk nak kumpul duit raya, beraya sana sini..  Sekarang, tengok tv kat rumah..  sebahagian para ibu tak kasi anak keluar sebab takut kena culik, lagi-lagi budak kecik..  Walau apapun, raya sangat bermakna setiap tahun! Kalau orang yang tak suka raya pun, dia tetap sambut raya, kan?

Setiap tahun, Tokma Azma akan buat Kuzi! Sedap! Inilah sebab raya sangat bermakna! Dapar rasa kuzi sekali setahun je, tupun, raya pertama je! Hari lain tak dapat rasa...   Memang emmhh!!  Sedap hingga menjilat jari! Susah nak jumpa kat tempat lain woo... Buat yang tak tahu kuzi tu apa, Azma nak jelaskan tapi susah! Better korang search kat google jelah.. KUZI TAK SAMA DENGAN AYAM MASAK MERAH, KUZI ADALAH KUZI DAN AYAM MASAK MERAH ADALAH AYAM MASAK MERAH!!  Faham?

This is Kuzi Ayam~



Alright! Tata! Assalamuallaikum!

Saturday, July 4, 2015

Anime!

Assalamuallaikum , hai! Azma kan suka anime..  So, Azma rasa nak kongsikan kat korang anime yang Azma suka tu. Anime pun kadang-kadang ada yang tak senonoh jugak. Korang kene pandai pilih.

1. Lucky Star
Cerita ni best. Comel. Korang kene pandai cari pengajaran.
Azma suka tengok cerita je. Takdelah terlampau suka sampai ingat nama watak bagai. Tengok bukan selalu tapi bila ada masa tengok. So, Azma taktau apa nama watak2 tu.

2.Naruto Shippuden
Cerita ni Azma tak pasti anime ke tak. Tapi Azma tengok. Azma suka Sakura. Nama dia pun Azma tau sebab abang Azma ada komik naruto. Sakura punya style cantik. Tu yang Azma minat dia. Azma pun pakai tudung pink, baju merah, seluar hitam, kasut biru, match. Tapi, Azma cuma tak minat dah sebab dah besar. Rasa macam boring je cerita tu.








Azma taknak kata apa-apa lagi. Azma cuma nak share gambar. Korang kene ingat, dua cerita ni, korang kne cari pengajaran. Bukan hiburan semata-mata.




Bye, Assalamuallaikum

Wednesday, June 17, 2015

Marhaban Ya Ramadan!

Assalamuallaikumwarahmatullahiwabarokatuh pembaca sekalian! Ramadan..  bestnye! Excited! Tarawih! Sahur! Bila 10 malam last.. Raya!  Seronoknya..  Tau tak, Azma ni jenis yg takleh duduk diam atau tido atau berehat masa puasa sebab kalau Azma buat gitu nanti badan Azma penat and pening dan tak larat, selalunya orang rehat lah bertenaga kan? Azma lain...

Puasa, menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkannya bermula terbit fajar hinggalah terbenam matahari...  Ramadan, mesti ada Bazar Ramadan kan?
Mesti nak pergi kan? Ofc.. Masa pergi pulak nafsu mendadak, gerenti makanan tak habis..  Kalau kita kawal nafsu, insyaAllah tak..  Kito kono kawal nafsu.. bukan nafsu yg kawal kito..

Ramadan atau melayunya puasa, englishnya fasting perancisnya pausanias dan bahasa lain tu Azma tak tau..  Good Luck! Ni puasa ok? Bukan raya, nanti raya Azma post lainlah...  Ni, puasa baru nak start tapi promosi raya berlambak! Haishh..  1 more thing, Awal Ramadan penuh surau masjid kan? tarawih kian? percayalah, 10 malam terakhir tinggal pak imam, bilal, laki-laki, ngan makcik-makcik..  Kalu yang rajin macam Azma pergilah jugak..  Azma ni mula-mula ramadan tak pergi sebab tulah faktornya, penuh sampai luar surau..  Last ramadan barulah pergi...  Okey, jangan lupa niat dan sahur! Assalamuallaikum! 

Wednesday, June 3, 2015

Cuti Sekolah!!

Assalamuallaikum everybody!~ Cuti sekolah ni korang kemana? Balik kampung? Kalau yang duduk rumah tu kesian sungguh, Ceh! Azma ke Terengganu! Sebenarnya, Azma ke sana untuk hentar akak Azma yang diploma ke UiTM Dungun! Homestay kitorang dekat je dgn U tu..  Dekat dgn laut pulak tu, jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai.. :Laut Cina Selatan! Azma dapat tau macam-macam benda baru, laut tu menghubungkan negara kita, sampai Cina!!  Nampak pulau macam Sarawak Sabah je..  Pergi Kuala Abang, best!!  Sedih..  Azma rindu kakak Azma..  Nanti ada plan nak ke perak:kampung Azma!!  Bye~~

Thursday, May 28, 2015

Something

Assalamuallaikum. Harini Azma nak talking about something. Yeah, the something. Ok, pasal beberapa ayat yang korang kene hayati. Bukan copy paste dan share kat orang lain pastu buat macam ayat kau. Azma pun amik dari buku komik. Novel grafik.Tau.Ok, now..
~no love for him untill akad
~la tahzan
~kalau kau kejar A, ilmu akan lari daripada kau. Kalau kau kejar ilmu, A akan datang kejar kau
~kita manusia yang kaya dengan perasaan, kalau gembira, kita ketawa, kalau sedih, kita menangis
~Ada orang sentiasa mahu jadi anonymous,mereka tidak mahu dikenali ataupun menunjuk identiti sebenar,kerana mereka tidak mahu dihukum dan dinilai. Mereka berahsia supaya mereka boleh jadi diri mereka sendiri dia tempat lain
~Alam tidak bercakap, Alam berzikir
~mungkin perkara yang kita tidak suka, sebenarnya baik untuk kita, begitulah sebaliknya

Terima kasih kerana membaca. Sekian~

Friday, May 22, 2015

16 Facts about me!

Assalamuallaikum semua!

1)My real name Amirah Zafeerah not Azma. Korang boleh tau bila baca post 1st.
2)I'm annoying and I have so many haters.
3)Pemalas.
4)Saya rumah merah dan librarian like my cousin, Shily!
5)Saya suka makan.dan minum.
6)My bestie is my cousin. Siapa lagi, Shily of course! Hew hew~Relationship goals?
7)I want iPhone..  iPhone 2 pun jadilah!
8)Suka suhu yang sejuk
9)Emosional
10)Benci budak yang suka cari gaduh..  Cakap aku ni overlah...  Dia cakap kita over, dialah yang over konon dia tak over!
11)I like someone~
12)I have friends: yang tak sedar aku ni kawan dia.
13)Impian aku ialah nak buat orang bahagia dan jiwa yang kental!
14)Boros (kadang-kadang)
15)Suka benda free!
16)Menyampah dengan manusia hipokrit, contoh: awal ramadan pergi tarawih, semangat bagai nak rak, last ramadan mula ponteng, main mercun, beli baju raya..  AtAU mcm artis..  Menyampah tau tak? janganlah berpura-pura!

Actually, aku taktau fakta tu camne, aku balun je..  Kbye!!~~

Kawan SANGAT!

Assalamuallaikum! Sebelum ni Azma pernah post pasal kawan yang pandai berpura-pura kan? Kali ni Azma nak post pasal gelagat kawan. Azma dengan bf Azma Fatimah tu dah putus. Kenapa? Secret~ Ok, Azma dah jumpa ramai orang!  Ciri-ciri kawan yang Azma dah jumpa antaranya ialah suka memilih. Dia ni cantik, pandai, anak cikgu, kawan Azma ni kawan rapat. dengan Azma buat macam Azma ni Alien dari planet Marikh.Dulu masa darjah 3 dia kawan je, elokk je, sentiasa bersama. Okey, takdelah sampai macam tu tapi dia buat dek ngan Azma. Sorang lagi kawan dia tu putih dan cantik. Dia rapat. Dia pulak cantik, putuh, terkenal dan pandai. Matching lah kan? Kawan dia yang anak cikgu tu U, yang putih tu N, dia pulak Q. Yang N tu selalu main dengan Azma, sama-sama librarian, rumah dekat, selalu pergi kedai ngan pasar malam sama-sama...   Tapi ntah macam mana dia boleh rapat ngan Q tu..  Ciri lagi satu ni pulak yang nak kawan ngan kita tapi bila kawan buat macam semua kene ikut cakap dia. Kita pun macam taknak kawan lah. Haii..  Dia tu nak kawan ke tak? Nasib baik Azma ada kawan spare, nama dia Fatin. She's good and clever. Tapi Q tak rapat sangat ngan dia. Ciri lagi satu ni best, baik dan bersahaja. Azma ada kawan macam ni. Kan Azma cakap Azma jumpa dengan ramai kawan..  Ok, kawan Azma ni nama dia Myra. Dia putih, tulisan dia cantik, kaya jugaklah, dan kreatif. Dia tak memilih, Azma gedik sikit masa duduk sebelah dia pun dia biar. Bukan buat dek, dia takdelah macam kawan Azma yang KN tu, (orang lain, bukan Q) dia Azma gedik sikit cakap overlah, gediklah, pastu marah-marah. Motif? Hah...  Myra ni dia dahlah best, sporting, tak kisah orang makan bekal dia. Haha sama macam Ani. Azma pun suka kawan ngan dia sebab selalu bagi Azma makan bekal dia. Dia tak marah. Dia yang serve tau! Hhaahaha!  Ok Azma cuma nak pesan jangan pilih kawan yang ada ciri diatas kecuali baik dan bersahaja k?

     Okey bye  uolllss!~``~~!!

School!

Assalamuallaikum Dunia!  Tadi masa Azma kat sekolah agama, ustazah tak ajar. Azma dengan kawan Azma tolong cikgu. Penattttt~~~!!



Tapi, lepas tu ustazah belanja sosej dengan air kotak soya!!
Terus bersemangat!


Ustazah cakap hari tu ustazah tak ajar sebab ada kerja yang sangat banyak..  Kitorang ...


YEAYY!!!  Takyah belajar!!

Lepastu, masa balik rasa best sebab hari ni hari jumaat!!  Esok cuti!!



Okay! Tapi kat rumah tak best sangat... Kena belajar je...






Rasa macam...


Hahahahahah! Minggu depan Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Agama periksa, tu yang kene belajar...
Masa study pun..


Azma ni jenis yang study sambil makan baru boleh fokus!


Oklah, bye! Assalamuallaikum!~












Saturday, May 16, 2015

Memory

Assalamuallaikum Dunia!~  Memori kita masa kecil sangat indah kan? Azma sendiri suka mengimbau kenangan..  Rasa lawak bila teringat..  Rasa best...  Kadang-kadang menangis...   Actually, Azma takdelah banyak sangat kenangan sebab Azma ni macam apa yang dah jadi biarlah sama ada benda tu sedih atau gembira..  Selalunya kenangan ni benda yang sedih+gembira kan? Memory pulak happy..  


Masa Azma 6 tahun..  Muka blur kan?  Ni masa family day..  tu lah dlm hati lantaklah ape nak jadi..  Dia tak tinggalkan banyak sangat kenangan and memory pun..  Look?  Biar je..

Kbye  yu ollss

Sunday, May 3, 2015

4 Bulan!

Assalamuallaikum dunia! Dah 4 bulan Azma tulis blog ni. Ok, alasan Azma update kali ni adalah kerana bosan . Himpunan gambar-gambar yang ada bermula bulan februari! Enjoy k?!





























Hah!  Tuje, Assalamuallaikum~












Cool Design

Assalamuallaikum dan Bonjour! Today Azma nak update pasal design yang cool. Bagi Azma, England and Paris lah sebab indah dan cool. Inilah antara design paris dan england yang Azma rasa berkenan sebab indah dan cool (berapa kali nak ulang?!)

Paris:





England:








Tu je ok? Ni taste Azma, mungkin bagi korang tak seberapa. kay, Bye and Assalamuallaikum!~









Pesta Buku PWTC

Assalamuallaikum dunia! Sorry dah lama tak update. Ni pun  Azma tulis masa hari last pesta buku. Pesta buku memang best. Kita boleh jumpa buku yang kita cari. Tapi, masalah yang ada ialah sesak. Sebab sesak ni susah nak pergi pesta buku. Azma nak cerita satu cite pasal kesesakan. Cenggini..  Mak Azma ada kat depan tapi depan Azma ada orang masa nak masuk booth ni. Bila orang depan Azma dah ke tempat lain, barulah Azma boleh kedepan. TAPI, Azma tak nampak mana mak Azma. Mula-mula, Azma tunggu kat tepi satu booth ni, bila rasa dah lama, Azma cari mak Azma. Alhamdulillah jumpa.  Memang bestlah pasal dpt beli banyak buku. Kat luar PWTC kan ada gerai. Mak Azma beli aiskrim pasu kat satu gerai ni. Happylah pasal first time makan. Pastu, naik lrt...   Ni pun first time Azma naik lrt, sebab tu jakun sikit, Haha. Happy lah (kebudak-budakkan).





Tapi perasaan happy hanya Allah tahu. Takdelah banyak sangat buku beli.. Sesak n ramai orang..  Nampak tak beg yang Azma bawak tu kebawah? Berat woo...




The best memory!~~ Alright, Bye and Assalamuallaikum Everyone`


Friday, March 27, 2015

Ambik Bahagian

Assalamuallaikum! Today, Azma nak cerita pasal ambil bahagian dalam sekolah. Agak rumit sebab Azma sendiri sebenarnya xtau nak cakap mcm mana. Macam...  Azma masuk Tilawah Al-Quran kat sekolah agama.. Tak kisah lah ambil bahagian mewakili sekolah ke, ambil bahagian dalam sukan ke, Ko-Kurikulum ke..

Azma juga nak masuk Public Speaking! Azma akan cuba sedaya upaya untuk terpilih sebagai wakil sekolah! Bagus jugak kalau cikgu yang pilih kita sebab cikgu tu percayakan kita.. Azma pun taktau nak cakap apa lagi so..  Bye! Assalamuallaikum~

Friday, February 20, 2015

Kawan? Yeke?

Assalamuallaikum! Azma ada ramai kawan. Kawan-kawan semua tak rapat sangat dengan Azma kecuali Fatimah Az-Zahra. Dia tulah Bff Azma. Boleh baca kat blog ni -> cuzproductionzawesome.blogspot.com. 


Azma ada seorang kawan yang bernama Ani (bukan nama sebenar). Dia kawan Azma yang baik. kitorang selalu jogging sama-sama. Depan rumah dia ada taman. Kitorang selalu bincang pasal masa depan kat situ (Ceh!). 

 Fatimah ni baik. Ani pulak sama minat. Hah, ada lagi sorang kawan baik Azma, tapi kawan baik (bf) je, bukan bff macam Fatimah tu. Nama dia Atiqah. Kitorang siap ada salam bersama lagi. Selalu rehat sama2 dengan Ani sekali. Fatimah sekolah agama kat tempat lain.

Ok, itu benda boring, harini nak cerita pasal kawan yang pandai berlakon. Depan kita dia baik. Belakang kita segala jenis cerita pasal kita. Mesti korang ada kawan macamtu kan? Kalau cakap takde tu bukan takde, tapi taktau sebenarnya.

Benda ni pernah berlaku kat Azma. Azma rilek je. Azma ade je kawan yang setia dengan Azma. Biarlah dia blah. Biarlah dia taknak akwan dgn kita. Ambik kawan spare. Kawan spare ni kene cari yang kental punya. Yang cool. Kalau tak mungkin dia ikut boikot kita sekali. 

Kalau nak ade ramai kawan, kene rajin. Sebab bila pandai, orang dtg kat kita, mintak ajarkan ke, nak berkawan ke. Tapi perangai kenelah mesra alam. Kalau org nak kawan kita buat dek je,  orang pun lari. Aura berkawan hilang. Kan sedih tu? Haha.


Harini boring sikit. Sorrylah. Kahkah. Sape suruh baca. Gurau je. Jangan lupa baca lagi ye! Tata! Assalamuallaikum!

Thursday, February 19, 2015

Another Blog

Hai dan Assalamuallaikum. Just nak promote. Kami, Azma dan Shily, ada lagi satu account blog. Blog ini kami share bersama. Because we are Awesome!~~
Kene lah copy paste link ni -> http://cuzproductionzawesome.blogspot.com/ 

Bila kami bersama je kott kami akan update blog tu pasal tu blog share. Kene lah tulis sama-sama.
Jangan lupa baca cerpen kitorang! Just Promote! 


Assalamuallaikum Semua.

Sekian,

Azma (ni betul Azma yang tulis)


Ini bukan Azma! Ini sepupunya, Shily!

Assalamualaikum!

Saya bukan Azma.

Saya sepupunya yang menyibuk, iaitu Shily :3 atau panggil Alsa pun takpe.

Bunyi macam "alser" dekat dalam mulut tu, kan? Hehehe! >_<

Anyway, Alsa minta maaf Azma sebab guna blog Azma.

Saje nak promote blog diri sendiri :P

http://aimandanblogger.blogspot.com/

Kalau nak bukak, copy and paste tau. Sebab tak boleh click.

Okay, that's all.

Tolong jangan delete post ini ya, Azma!

Terima kasih!



Peace out,
Shily :3

Tuesday, February 17, 2015

Kokurikulum!

Azma kembali! Hehe.. Assalamuallaikum..  Azma Ahli Puteri Islam, 1M1S Bola Baling dan Rumah Sukan Merah serta Persatuan Kemahiran Hidup..

Puteri Islam: Azma jadi setiausaha..  Azma ada kenal sorang budak darjah 4 ni.. Dia pengawas, dia agak aktif lah..  Dia calonkan diri sendiri jadi AJK tahun 4, Azma pun tak seberani, orang yang calonkan Azma...  Best jadi kakak..  sebab masa perjumpaan kedua, Darjah 6 dah ade kelas tambahan, jadi tak per gi lah Koko.. Awesome!~

Bola Baling: Azma tak jadi ape2 ..  Bola baling ni best! Tapi xtau nak cerita pasal ape dgn bola baling ni.. Kalau nak tau apa sejarah bola baling, tanyalah Mr. Google, nanti kalau ada masa InsyaAllah Azma akan update..

Rumah Merah : Pun Azma tak jadi apa-apa..  Malaslah.. So, takde ape nak update pasal Rumah Merah.. 

Persatuan Kemahiran Hidup: Azma pun takde jawatan..  Sebab cikgu kata siapa yang dah ade jawatan kat Unit Uniform takleh ade jawatan kat sini..  Azma kan jadi Setiausaha Puteri Islam, jadi takleh lah..


Ok! Just that pasal koko Azma..  Ciau dulu ya! Assalamuallaikum!

Chinese New Year!

Assalamuallaikum pembaca semua..   Sekolah mesti cuti sebab chinese new year kan?  Azma ni mata sepet..   Adik Azma ni mata dia lagi sepet..  Ada yang cakap macam orang korea..  Comel tu memanglah comel, tapi dia gedik sikit.. Ni lah rupa dia masa kecik, 3 tahun kot..  Sekarang dah besar..



Budak kecik kan.. Memanglah comel..  Sekarang dia dah tadika, dah 6 tahun.. Her name is Ayeshah Zahiyah!




That is my little sister...  Untuk pengetahuan korang, aku tumpang account blog sepupu aku.. Ni lah muka sebenar aku! Sudah darjah 5!~







Oklah, itu saja untuk harini Ya! Haha, apa yg aku cerita lari topik sikit..  Tata titi tutu! Aku nak bersiap untuk ke sekolah Agama! Bye! Assalamuallaikum, Hahaks <3


Introducing Me!

   Hai,Assalamuallaikum! Saya Amirah Zafeerah. I'm 11 y/o.  Anak ke-6 dari 9 adik beradik. Di blog ini, saya mengunakan shortname Azma sebab malas nak tulis. Saya ada 2 orang abang dan 3 orang kakak serta 1 adik perempuan dan 2 adik lelaki. Saya ada sepupu bernama Alyssa atau shortname dia Shily/Alsa. Dia pun ada blog jugak.  Mungkin post-post saya yang akan datang agak membosankan. Baiklah itu saja pengenalan diri saya, bye, Assalamuallaikum!~