Monday, August 28, 2017

Im back!

Assalamuallaikum and hai readers! Lama tak update kan. Azma dah masuk asrama. MRSM Parit, Perak. So takde masa sangat nak update. Sekolah Azma ni tergolong dalam Cambridge International School. Nanti form 4 Azma akan ambik exam IGCSE, Insya-Allah.  Azma dulu interview kat MRSM Kala Kubu Bharu, tapi ada rezeki kat Parit pulak. Alhamdulillah. Ramai jugak orang Selangor kat MRSM Parit ni. Lagi-lagi Shah Alam. Ramai betul. Separuh batch Azma.

Azma takde menda pun nak story, just nak cakap, good luck dalam pelajaran korang semua k! Yang mana da impian nak masuk asrama tu, usaha kuat-kuat! Fikir masak-masak, jangan menyesal kemudian. Homesick tu perkara biasa untuk budak asrama. Jangan risau, Tuhan sentiasa ada dengan kita.

Bye, till we meet again!

Sunday, November 20, 2016

Leaving

Yo dan assalamuallaikum semua! Azma is back! Azma dah nak habis sekolah rendah. sedihlah, kena tinggalkan kawan2.. Diorang memanglah annoying, tapi ke'annoying'an tu yang buat kita ingat diorang!

Sayang diorang memang sayang. Siapa tak sayang member kan? Rasa nak tinggalkan tu memang 2/10 kot kalau suruh rate. Yelah takkan nak bagi 0/10, takkan kau gi tandas taknak tinggalkan dia. Balik rumah takkan bawak dia sekali. 

Kemungkinan untuk jumpa balik memang agak tipis lepas cuti ni sebab mungkin ada yang dah terpelanting kat Sabah, Kedah, Melaka or somewhere in Earth because or asrama or whatever.

Kalau nak buat reunion pun memang kena plan betul2 sebab yeah kau ingat Malaysia ni kecik? Sehari je cukup untuk jelajah satu Malaysia?

Nasib baik masing2 ada phone. Boleh save number untuk contact. takpun save number parents diorang. Yelah mana tau rinduuuu.

Yang mana ada crush tu doalah semoga sama sekolah tahun depan. Kalau tak, mulakan hidup baru jelah ye.

Yang pasti, semoga korng hidup bahagia walau dimana jua korang berada! Oh ni Azma nak share 1 fakta. Ahli psikologi berpendapat bahawa korang takkan jumpa kebahagiaan melainkan korang stop mencarinya. 

Tu je k? bye. Tata!!

Long Time No See!

  Hai! fuhh, lamanya Azma tak update! Maklumlah, tahun ni kan Azma UPSR dengan PSRA, memang busy sangat. Sekarang walaupun dah habis both exams still busy. Alhamdulillah ada masa jugak nak update.
 
  What was my result? Alhamdulillah PSRA Mumtaz. Azma sekolah kat Selangor. UPSR? Alhamdulillah, 4A 2B. I dont care really. PT3 dengan SPM ada lagi. Chill. Awal tahun dulu Azma Update, ni nak dekat hujung tahun baru Azma update lagi. Lama sangat tak tulis.

  My life alhamdulillah great. Harap2 dapat masuk asrama tahun depan. Azma suka, adventure sikit.
Dengan result yang macam tu Azma tak confodent dapat tapi kita berdoalah ye. Rezeki Tuhan yang bagi.

  Azma pun takde idea nak cakap apa, so yeah. Just that from me. Tata!!

Friday, January 22, 2016

Ahlan Wasahlan!~

Assalamuallaikum dan hai pembaca-pembaca sekalian! Ini adalah post pertama Azma untuk 2016. Azma pun dah tukar background. Azma tahun ni akan menghadapi UPSR. Azma ingat nak masuk sekolah asrama. Baru best~

Azma nak jadi ahli astronomi. Azma suka astronomi. Azma takboleh main-main tahun ni, sebab Azma akan menghadapi UPSR dan PSRA. Keputusan UPKK belum keluar. Fuhh, berdebarnya! Harap-harap dapat 8A~

Dah nak habis bulan Januari baru Azma nak post hehehe. Azma ni agak malas. Sorrylah ye.
Azma juga suka Harry Potter/Daniel Radcliffe!! Awesome! Cerita dia best, pelakon dia terbaik!!

Azma nak siapkan kerja sekolah nih, bye! Tata titi tutu, pergi dulu!~~

Monday, December 7, 2015

Let the holiday begin!~

Hai readers! Azma ni student, jadi Azma dah cuti!! Cuti ni, Azma tak boleh duduk relax je, sebab tahun depan Azma UPSR.. Cuma dalam post kali ni Azma nak share benda yang Azma suka sangat buat.. Oh, one more thing, Azma  suka pusheen!! Kesian pembaca tunggu lama-lama sebab Azma dah lama tak update...
Ok, Azma malas nak tulis apa yang Azma suka buat masa cuti. Lagipun its not a good thing utk cerita. Sebab benda ni malas, Azma tak belajar pun masa cuti sekolah ni hehehe. Apa lagi, macam biasa Azma suka tidur dan makan.. Jangan contohi sikap Azma ni! MUahahaahah...

Azma haritu tidur rumah sepupu Azma, Shily..

Ok tu je bai

(so lazy to write more)


My favourite youtubers!~

Hola guys! Azma dah lama tak update, sebab? Malas.. Hehehe.. So, kali ni Azma nak bagitau Top 5 Youtubers favourite Azma! So..  Ni dia!

5. Cupcakeaisyah


Azma rasa ada diantara readers yg kenal.. Dia seorang usahawan yang menjual squishy! She is so cool.

4. Rosanna Pansino


Awesome! Dia banyak video masak2.. dulu dia tak popular sangat, tapi sekarang dia dah femes..  Azma dulu minat sangat.. sekarang tak sangat..

3.  Mizblurrity


Dia ni ialah youtubers yang kreatif! Azma kasi thumbs up! Video dia best, banyak pasal makanan pulak tuh, hew hew~
Korang jangan lupa subscribe channel Mizblurrity ni k?

2. mrandmrsaidil


Channel ni cerita pasal pasangan yang dah ada 2 org anak bernama Muhammad Khaleesh Rayyan dan Muhammad Khaleesh Fayyad. Azma suka sangat tengok channel ni sebab diorang ada buat video pasal diorang pegi restoran, bercuti, soalan panas, macam2 lah. Azma minat sangat.

1. Mentol Pecah


Yaaa, Azma suka channel ni. Mozek sangat lawak dengan muka blur dia. Lepastu skrip dia menambahkan kelawakan dicampur pula dengan sikap selamba Mozek. Dulu Nirman ada sekali, tapi sekarang Nirman dah keluar dari Mentol Pecah...





Haaaa, tu dia Top 5 you tubers feveret Azma.. Bye!

Saturday, October 17, 2015

Penat~

Assalamuallaikum dan hai kepada pembaca! Azma penat... Azma habis UPKK, Azma kena study untuk periksa akhir tahun sekolah kebangsaan pulak!

Dah besar ni, penat lah nak merajuk, sedih, gaduh-gaduh semua,
Banyak lagi benda kena fikir

Lepastu, tahun 2016 Azma PSRA dengan UPSR pulak!
Lepastu, kena fikir nak masuk sekolah biasa ke asrama!
Lepastu, kena daftar bawa sijil pengenalan diri pulak!
Lepastu, tahun 2019 kena study untuk PT3!
Lepastu, kena belajar bersungguh-sungguh sebab tahun 2021 study untuk SPM!
Lepastu, dapat result kena fikir nak daftar U mana!
Lepastu..lepastu..lepastu..

Ceh, Azma ni perasan bhaii
Kita hanya merancang, Allah menentukan~
Kita taktau bila hari kiamat,
Kita taktau bila kita akan mati...

Azma nak cemerlang!
Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri berusaha mengubah nasibnya.
So, kena usaha~


Bye2 readers! Yehaa
Agagagagagaga,
Azma